Friday, 9 October 2015

Malam

Malam sendiri,
Saat hampiri diri,
Hati menyepi,
Tanpa sebarang janji,
Jiwa kian hina,
Dengan semua menghakimi,
Masa pantas berlalu,
Kelak diri disakiti,
Cuba.. dan cubalah untuk melihat,
Lihat dengan hati,
Bukan dari diri,
Cuba... dan cubalah untuk mendengar,
Dengar dari jiwa,
Bukan dari akal menghakimi,
Cuba... dan cubalah untuk berbicara,
Bicara dari nada,
Bukan hanya bermadah,
Malam di nanti,
Kian pasti,
Dan semua kan terbukti,
Suatu hari nanti,
Pandanglah diri mu sendiri,
Apa engkau akan mengerti??

-zack_as-




Thursday, 8 October 2015

RASA


Perasaan ini datang secara tiba-tiba,
Tanpa diundang,
Tanpa disedari,
Dan bila tiba saat ia muncul,
Diri menjadi berbeza,
Tanpa diminta ia berlabuh,
Hati menjadi porak peranda,
Tanpa memandang ke hadapan,
Hati mula mengorak langkah,
Tanpa akal mula mencerna idea,
Kata-kata dituturkan tanpa sempadan,
Setelah tersedar dari bungkaman kehidupan,
Mula terbit perasaan bersalah,
Dan pada saat ini,
Tiada lagi perunduran masa,
Terima seadanya,
Segala yang terjadi mempunyai petanda,
Petanda dalam kehidupan,
Petanda sebuah perhubungan,
Petanda sebuah perasaan,
Petanda sebuah pengharapan,
Petanda yang tidak akan hilang di hati,
Biar pergi membawa mati.



-zack_as-



Sunday, 13 September 2015

Duit ada lagi ke tak??

Assalamualaikum semua..

Sekarang ni aku dah memasuki semester 3 di UTM Kuala Lumpr MJIIT. Sepanjang hidup kat KL ni pada aku, tak ada apa-apa yang menarik sangat la. Its just kau boleh bebas bershopping sakan, ye memang shopping sakan ni best kalau korang banyak duit. Like I said in previous entry, aku tak minat belajar aliran sains mahupun engineering macam sekarang. And thats why pointer aku cukup-cukup makan je, I mean mampu apply JPA but takut tetiba nanti pointer drop, JPA kene tarik. Alamatnya memang tak makan la aku jawabnya. And now aku depend pada duit pinjaman ptptn, actually pakai ptptn ni memang cukup untuk sara hidup aku kat alam universiti ni, but memang tak cukup kalau nak dibuat beli iphone 6 ataupun nak makan kat kafe hipster.

So today aku nak cakap pasal pengurusan wang dalam kalangan pelajar. Aku ni bukanlah dari family yang berada, setakat cukup-cukup gaji bapak aku nak sara kehidupan keluarga je. Dulu sebelum aku masuk matrik, aku ada kerja kat kantin MRSM pontian, so, bila masuk matrik aku memang tak pakai diut ayah aku pon. And then, nak daftar U, aku terpaksa menyusahkan ayah aku sebab aku tak dapat cari kerja. dan sekarang aku bergantung harap pada duit ptptn.

Kalau ikut course aku, aku dapat 28 ribu untuk sepanjang 8 sem, jadi bila tolak yuran semua, total aku akan dapat hampir 2 ribu setiap sem. Dalam satu sem lebih kurang ada 5 bulan.  Belum termasuk duit beli buku yang tebal macam kamus ensiklopedia lagi, dan belum termasuk duit nak beli barang dapur biskut, maggi (wajib ada), oat, barang mandi, sabun basuh baju dan segala keperluan harian kau.

Jujur aku cakap, kalau nak mintak duit kat mak ayah, aku segan. Serius segan, sebab aku dah besar dan masih belum dapat menyumbang apa-apa pada parents aku lagi. Thats why aku rase malu gila. But in the end, aku terpaksa jugak mintak kat ayah aku, dan ayah aku akan tahu kalau aku tak ada duit, dia akan call dan akan tanya "duit ada lagi ke tak?" . Dan aku akan cakap "ada, cukup2 untk habiskan sem ni." . But naluri seorang yang digelar ayah, dia tahu anak dia bohong, dan ayah aku akan still bank in duit kat aku, walaupun nilai yg diberi tidaklah besar, tapi aku sangat bersyukur dapat ayah dan family yang sangat memahami ni.

So, untuk adik-adik di luar sana, kalau dapat duit pinjaman nanti jangan boros, Jangan beli iphone 6 kalau tak mampu, Jangan nak makan kat kafe hipster every week. Kalau boleh buat perancangan awal, buat bajet duit awal-awal, total kan semua keperluan and then duit lebih tu baru bole buat simpan untuk terdesak. Unless kalau kau anak orang kaya yang memang branded punya org, so nak buat apa, buatlah,, suka hati kau la... kepada anak-anak orang yg tak berapa nak kaya macam aku ni, jgn lah sibuk nak terikut-ikut dengan cara belanja orang lain okeee.. kasihanilah parents dan family anda yang dah bersusah payah bekerja untuk menyara anda... kbye..



buku-buku yang tebal macam ensiklopedia.. amacam?? nak baca pon takot weyhh

Friday, 15 May 2015

Halatuju Lepasan SPM??

Assalamualaikum... oleh kerana sekarang ni dah bulan 5. Dan dah 5 bulan lah aku tak post entri kat blog aku ni, hari ni aku nak cakap sikit pasal halatuju budak-budak lepasan SPM... 
Korang yg adek2 baru dapat result spm ni jgn la stress sgt... Yg dapat havoc alhamdulillah, jangan nak bangga diri sgt, yg dpt kurang gempak, jangan nak sedih sgt.. Pastu korang buat la keputusan betol2 masa isi upu tu, pilih yg korang suke. Jangan jadik macam hakak ni dek...
Hah.. bak mai sini hakak nak ceghita sikit, dulu aku dapat keputusan SPM yang boleh dikatakan bagus jugak lah, dapat 10A JEK.. kehkehkeh.. tapi korang jangan salah faham yek, aku sebenarnya berusaha nak dapat straight A bukan sebab aku ni rajin sangat atau memang aku pandai ke hape.. tapi sebenarnya dan sejujurnya sebab aku nak pilih jalan hidup aku sendiri. Dulu, sebelum SPM mak aku cakap kalau aku dapat 10A, aku boleh pilih course yang aku suka tanpa halangan daripada keluarga aku, untuk pengetahuan semua, aku ni memang minat gila dengan course Arts.. aku memang jiwa seni sikit. So, sebab tu lah aku nak dapat 10A dan aku nak lari daripada subjek sains. So, nak dijadikan cerita, aku nak apply UPU course seni, but my parents tak bagi, diaorang cakap membazir je aku belajar pure science waktu SPM tapi nak apply Arts waktu Uni. Oleh kerana nak menjaga hati parents, aku pun turutkan je la.. 
Lepastu bila UPU keluar, aku dapat foundation UIA pastu aku taknak, last2 aku masuk matrik aliran sains. Pastu pointer kelaut. Last2 aku just follow the flow je oleh kerana pointer matrik kelaut siket... So, sekarang aku amek engineering kat malaysia-japan international institute of technology UTM (MJIIT) . So da terbukti bahawa tak semestinya budak straight A dapat ape yg dyeorg nak... Result spm ni tak menggambarkan masa depan korang... Dahh jgn nak stress sgt. Pegi lepak warung ngeteh ke ngoppi ke, makan bakso ke.. Tak payah sampai beruban berjanggut stress pikir nak sambung belajar.. Follow the flow jekk.. Ade rezeki tak kemana dek oii.. 
Tapi satu je nasihat aku buat adik-adik di luar sana, pilihlah course yang terbaik buata diri korang, kalau dapat yang korang tak suke, cuba untuk redha dan ikhlaskan hati. Sebab aku faham kalau kena belajar tanpa hati , rasa kosong sangat. Aku pon macam ni jugak, sampai sekarang aku lost dan hilang arah, dan ponter aku pon tak bagus mana.. dan aku sedang belajar untuk ikhlaskan diri amik engineering walaupun tak minat. Pada aku, matriks, asasi, diploma, dan tingkatan 6 sama je.. semuanya bagus, yang tak bagus adalah orang yg judge sesuatu sebelum mencuba. 

Ok bye assalamualaikum..


                                                         
                Inilah fakulti aku sekarang. Malaysi-Japan International Institute Of  Technology, UTM kl
                           Ini pula adalah pemandangan masjid Al-Maghfirah Kolej Matrikulasi Perak





 Ini keadaan padang KMPK. Besar dan luas, memang best kalau nak cuci mata petang-petang sambil usha crush main bola. hiksss 

Thursday, 1 January 2015

Kehadiran 2015

Assalamualaikum...

Hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2014. Tahun 2014 adalah tahun yang paling memberi banyak dugaan yang besar kepada negara kita , Malaysia. Dugaan peristiwa MH370 yang masih tidak dijumpai sehingga sekarang, peristiwa MH17 yang ditembak jatuh, dugaan banjir besar yang melanda seluruh negara terutamanya pantai timur dan bermacam dugaan lagi. Anggaplah dugaan ini semua sebagai ujian dan cabaran buat negara. Dan anggaplah ini sebagai penghapus dosa buat kita semua.

Tahun 2015 ini rasanya banyak mengubah seseorang. Bagi kami yang lahir tahun 95 , usia kami akan menginjak ke angka 20-an. Ya, tidak dinafikan kami telah mencapai tahap kematangan kami. Tapi, bagi aku, aku rasa aku masih belum cukup bersedia untuk menjadi matang dan memikul tanggungjawab.

Dalam masa dua tiga minggu lepas, banyak sangat tengok notification dalam wall facebook, most of the story is tunang or kahwin.. KAHWIN?? HAHAHAH tak pernah terlintas di fikiran aku untuk kahwin di usia yang terlalu muda. Tapi ada sorang kawan aku yang dah lama lost contact, tiba2 add aku kat facebook.. lagi memeranjatkan.. dia dah ada anak!!! WHAT!!!

Aku bukanlah jenis orang yang anti perkahwinan, malah aku galakkan lagi adalah, cuma bila aku tengok kawa-kawan tunang aku respect gila kat diaorang sebab berani ambil risiko tanggungjawab. Bila nak bandingkan dengan aku, aku ni ibarat budak 8 tahun yang hanya pandai main konda-kondi, kapten lubang tikus, guli, buat kek pakai lumpur, galah panjang, belon acah, teng-teng, gasing bayblade, crush gear dan segala permainan zaman dulu. Budak zaman sekarang dah tak bole merasa semua permainan ni dulu. Semu pakat dok main ipad, smartphone semua . hmmmm rugi kalau tak main permainan tradisional ni.

Bercakap pasal tahun baru ni kan, mesti orang akan tanya pasal azam tahun baru. Azam tahun baru ??? Sepanjang hampir 20 tahun aku menghirup nafas kat muka bumi ni, aku tak pernah ada azam... kawan nama azam adalah.. hehehe. So, aku cuma harap aku dapat menjadi semakin matang dan boleh berdikari dan tak menyusahkan orang lain. Ye la, bukan nak cakap apa, tapi memang ramai kata aku ni tak matang, dan semua ni memang tak boleh dinafikan... sebab kadang-kadang aku berperwatakn seperti beruk kelaparan.. bukan kadang-kadang tapi selalu...

Jadi aku harap tahun 2015 ini aku tak sehambar seperti 2014.. SELAMAT TAHUN BARU!!!! SEMUA....

Terima kasih kerana hadir di dalam hidup aku, kawan matrik, kawan baru dari MJIIT, keluarga teater yang dah macam adik-beradik, dan semua yang berdiri di belakang aku bila aku perlukan korang.. terima kasih sebab membuatkan tahun 2014 aku bermakna. Doakan yang terbaik untuk tahun 2015.



Classmate yang sangat gila 1SMJC sec 2


girls power yang havoc


keluarga teater yang tersayang


mereka yang hadir dalam tahun 2014